.: INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN :.

.: INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN :.

Monday, November 1, 2010

Program Orientasi Tahun 6

Program Orientasi Tahun 6 diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid Tahun 6 mengenai Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal diduduki. Selain daripada didedahkan dengan sukatan subjek yang bakal dipelajari, murid-murid juga akan mendapat pengetahuan dan pengalaman awal tentang persediaan sebenar sebelum menduduki peperiksaan UPSR.

Program satu hari ini berlangsung pada hari Khamis bersamaan 7 Januari 2010 bertempat di Dewan Bestari, SKWM. Peserta program tersebut terdiri daripada 129 orang calon UPSR 2010. Program dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR. Seramai enam orang guru Tahun 6 telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat berkenaan subjek UPSR dan prosedur pendaftaran peperiksaan tersebut.

Objektif:
  • Merancang persediaan bagi menghadapi peperiksaan UPSR.
  •  Membuka minda dan pandangan murid mengenai peperiksaan yang bakal dihadapi.
  • Membekalkan murid dengan strategi dan tip pembelajaran berkesan.
  •  Meningkatkan keyakinan murid terhadap diri sendiri.
  •  Meningkatkan motivasi murid-murid.
  • Mewujudkan kesedaran pentingnya pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.


Calon UPSR 2010

Calon UPSR 2010

Puan Hjh Maznah (GPK HEM), Puan Hjh Che Mazwin (GPK Ko-kurikulum), Puan Fatimatul Asmak (Ketua Aliran Tahun 6) dan Puan Azizah (Guru Sains)

Puan Siti Aishah (Guru Besar) merasmikan program

Taklimat Pendaftaran UPSR oleh S/U Peperiksaan - Puan Suzana


Taklimat Matapelajaran Bahasa Inggeris oleh Puan Cecilir yeo Chye Wah

Taklimat matapelajaran Bahasa Malaysia oleh Puan Zurlfarita

Taklimat matapelajaran Sains oleh Puan Nurizwa

Taklimat PAFA oleh Puan Hjh Nik Amnah

No comments:

Post a Comment