Program ini khas diadakan kepada murid Tahun 6 yang akan melangkah ke sekolah menengah. Program ini memfokuskan kepada pendedahan dan pengetahuan awal tentang suasana dan keadaan alam persekolahan peringkat menengah. Murid-murid ini perlu diberi pendedahan awal kerana suasana pengajaran dan pembelajaran serta mata pelajaran adalah berbeza antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain daripada itu murid-murid ini juga perlu diberi maklumat tentang hala tuju mereka selepas UPSR serta peluang yang ada di Sekolah Menengah. Program ini juga diharapkan dapat membantu murid untuk mengenalpasti syarat-syarat dan kelayakan yang perlu mereka ada untuk memasuki sesebuah sekolah pilihan mereka. Guru Bimbingan dan Kaunseling daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah dijemput menyampaikan taklimat bersama 4 orang Pembimbing Rakan Sebaya juga dari sekolah tersebut.
Objektif:
- Mengetahui aliran pengajian yang wujud di Sekolah Menengah
- Pendedahan, kefahaman dan pengetahuan awal untuk menjalani kehidupan di sekolah menengah
- Menyenaraikan nama-nama sekolah yang berdekatan dengan persekitaran mereka.
Butiran Pelaksanaan:
- 1 November 2010 (Isnin)
- Dewan Bestari, Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati.
|
Murid Tahun 6 |
|
Pengacara Majlis - Puan Fatimatul Asmak bersama penceramah jemputan |
|
Pembimbing Rakan Sebaya berkongsi pengalaman |
|
Bersama Pembimbing Rakan Sebaya |
No comments:
Post a Comment