Kem Bina Insan UPSR adalah program yang dijalankan setiap tahun khusus untuk calon UPSR. Program ini merupakan salah satu daripada program yang diadakan sebagai persediaan untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.
Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kecemerlangan UPSR, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Pendidikan Moral ini diadakan bertujuan untuk menyemai dan melengkapkan diri murid dengan nilai-nilai murni yang membantu ke arah perkembangan diri yang sihat dan sempurna sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Melalui program ini, murid-murid akan dipimpin untuk memiliki keyakinan diri yang tinggi dan peribadi mulia dalam usaha mencapai kejayaan yang cemerlang. Ini selaras dengan aspirasi dan matlamat pendidikan yang memberi penekanan dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Di samping itu, program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada murid agar menjauhkan diri daripada nilai-nilai negatif dan menghargai individu yang penting di sekeliling mereka.
Objektif:
- Membentuk akhlak dan keperibadian sebagai insan yang baik dan terpuji.
- Melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yang tinggi selaras dengan tuntutan agama.
- Murid-murid akan mempunyai kesedaran diri dan mampu menjauhkan diri daripada nilai-nilai negatif.
- Meningkatkan motivasi 128 murid-murid yang bakal menduduki UPSR.
Butiran pelaksanaan:
Tarikh | : | 21 – 22 Mei 2010 (Jumaat & Sabtu) |
Masa | : | 2.30 petang – 10.30 malam (Jumaat) 8.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu) |
Tempat | : | Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati |
Peserta |
No comments:
Post a Comment