.: INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN :.

.: INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN :.

Tuesday, November 2, 2010

Seminar Kecemerlangan Akademik dan Pemantapan Sahsiah

Seminar Kecemerlangan Akademik dan Pemantapan Sahsiah Tahun 4 dan 5 adalah program yang dijalankan khusus untuk murid Tahun 4 dan 5 SKWM. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru aliran tahun 4 dan 5 diadakan bertujuan untuk menyemai dan memupuk kesedaran mengenai kecemerlangan akademik dan sahsiah yang terpuji di kalangan murid. Ibarat kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”.  Kecemerlangan akademik adalah fokus utama dan menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan seseorang individu. Namun begitu, penekanan kepada aspek rohani atau pemantapan sahsiah juga penting agar dapat melahirkan murid yang seimbang dari keseluruhan aspek. Ini selaras dengan aspirasi SKWM yang mengutamakan kecemerlangan dalam semua bidang. Kecemerlangan akademik tidak bermakna jika sahsiah, akhlak dan disiplin murid lemah. Melalui program ini, peserta akan didedahkan dengan teknik dan kemahiran pembelajaran yang berkesan dan didedahkan dengan sahsiah terpuji di samping memberi kesedaran kepada murid agar menjauhkan diri daripada nilai-nilai  negatif dan menghargai individu yang penting di sekeliling mereka. 

Seminar dijalankan pada 29 Julai 2010 bagi tahun 4 dan 5 Julai 2010 bagi tahun 5. Penceramah jemputan ialah Prof Dr. Abdol Aziz b. Sahat dari Akademi Minda Bestari. Seramai 108 orang murid tahun 4 dan 147 orang murid tahun 5 menjadi peserta seminar tersebut. Maklum balas dari peserta menyatakan mereka sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan.

Objektif:

  • Mengaplikasi kemahiran belajar yang berkesan seperti penguasaan peta minda, teknik hafalan dan penulisan berkesan.
  • Memahami dan menguasai kaedah pengurusan diri.
  • Mengenali serta mengukuhkan potensi dan sahsiah diri.
Seminar dirasmikan oleh Puan Hjh Mardziyah bt. Muhamad (GPK Tadbir dan Kurikulum)

Prof. Dr. Abdol Aziz b. Sahat


Peserta Tahun 4






Peserta Tahun 4


Tekun

Kemahiran Kreatif

Permainan Memori




Bacaan Du`a oleh Ahmad Syahmee Hanif (tahun 5)

Pengacara Majlis - Nur Hannah Anwar (Tahun 5)

Peserta Tahun 5









No comments:

Post a Comment