Seminar Teknik Belajar adalah penting dalam diri setiap murid dalam mencapai kejayaan. Dewasa ini, pembelajaran secara moden dan maju memaksa setiap murid bersaing dikalangan mereka untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang terbaik. Murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang akan lebih terjamin kehidupannya. Justeru itulah untuk menolong murid-murid ini dari peringkat awal, mereka perlu didedahan dengan strategi dan teknik belajar yang betul dan berkesan.
Oleh sebab itulah seminar teknik belajar ini diadakan yang bertujuan untuk memastikan setiap murid dapat mengetahui kepentingan teknik belajar terutamanya dalam proses pembelajaran. Apabila setiap murid mengamalkan teknik belajar yang betul dan berkesan maka tidak hairanlah mereka akan dapat mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga dalam kehidupan mereka.
Objektif:
- Memahami tentang teknik dan strategi belajar yang betul dalam mencapai kecemerlangan diri.
- Menyemai rasa dan semangat ingin belajar dan berjaya dalam kehidupan
- Menggunakan kemahiran tersebut dalam proses pembelajaran mereka.
Butiran pelaksanaan:
Peserta: Tahun 2 (101 orang)
Tarikh: 28 Oktober 2010 (Khamis)
No comments:
Post a Comment