Pemimpin murid seperti pengawas, pengawas pusat sumber dan pengawas briged bestari adalah murid yang terpilih dan diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik.
Sebagai pemimpin kecil di kalangan rakan sebaya, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Ini dapat dibentuk melalui bimbingan dan panduan yang berterusan daripada guru-guru.
Murid terbabit juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui persekitaran sekolah itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus Pemimpin Murid ini sesuai dilaksanakan.
Program dijalankan pada 12 Februari 2010 bermula jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang. Seramai 111 peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan briged bestari telah menyertai program tersebut. Program dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Lembaga Pengawas SKWM, Pusat Sumber SKWM dan Briged Bestari SKWM.
Program ini akan dikendalikan dengan menggunakan kaedah berikut:
- Taklimat dan amali yang akan dijalankan berasingan mengikut bidang masing-masing.
- Latihan kekuatan fizikal (kawad).
- Ceramah mengenai kepimpinan dan peneguhan kendiri peserta.
Objektif: Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:
- Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
- Memahami bidang tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
- Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan.
- Mewujudkan individu yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
- Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
- Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
Perasmian oleh Puan Siti Aishah |
Bersama Penyelaras Pusat Sumber |
Slot bersama Penyelaras Briged Bestari |
No comments:
Post a Comment