.: INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN :.

.: INFORMASI, KECEMERLANGAN, KESEJAHTERAAN :.

Tuesday, November 2, 2010

Program Pemimpin Murid Siri II (Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari)


Latihan Kepimpinan murid yang diadakan ini adalah kesinambungan daripada program latihan yang pertama pada bulan Februari. Ia bertujuan untuk menilai semula latihan dan aspek-aspek kepimpinan yang telah diserapkan ke dalam diri murid-murid yang telah terpilih menjadi pemimpin murid. Program yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang tugas yang telah diamanahkan kepada murid-murid tersebut dalam melengkapkan diri sebagai ketua kepada murid-murid yang lain.

Program dijalankan pada 2 Julai 2010 (Jumaat) dan disertai oleh 27 orang pengawas, 39 orang pengawas pusat sumber dan 14 orang briged bestari.

Objektif:
  • Menyemai rasa tanggungjawab mengenai peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang ketua.
  • Membentuk satu kumpulan ketua yang mempunyai daya ketahanan diri yang dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.                                                 
  • Menjalankan tugas secara berpasukan dan berkumpulan.

Taklimat Daripada Urusetia Pendaftaran

Slot Bersama Guru Penasihat Pengawas

Briged Bestari


Pengawas Pusat Sumber

Latihan Dalam Kumpulan





Pembentangan Hasil Kerja Latihan Dalam Kumpulan




Sesi Soal Jawab

No comments:

Post a Comment